Minum air kelapa

Dari DUDUK n BANTAH panas2 ni,kami DUDUK n MINUM air kelapa kat tepi jalan,tp mcm suasana kg je..hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Congrats

Congrats je lag dpt ummi ucapkan kat fasha n jejai,semoga kekal hingga akhir hayat
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jam kesygan ummi

hola!!x da entry ape2,den letak je lah gmbr jam paling syg+paling lama+org tsyg bagi(dulu)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kerabu sotong

Hehee,saja try2 buat kerabu sotong,t'ingat kawan yg tgh preggy tu,sian pula..jom makan

TADAA

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Membakor lemak

Weekend yg bosan,ptg baru ada plan,abah pun baru sampai dr sudan,so kami ber3,I ,penguins n aiko jogging
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Masak utk penguins!!

If suruh makan!!!si penguins A.K.A xandra ni memang susah nk matiiiii,susah sgt,tp if masak nasi CINA MUSLIM ni dia x dapat nk tolak pun!if kenyang pun dia akan pasti MAKAN..ni dia faberet xandra ('',)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Masak masa boring

Emm,alooha...weekend hidup kami ber2 boring,x da benda nk buat,selalu kami masak2 je,masak cincai2,tp memang masak je keje..ari ni adik2 semua g larian merentas desa kat skool depa,balik ni,sure depa LAPAQ,jadi masak paling simple je lah utk depa,asalkan depa makan..hahah

TADAAA,ayam goreng hitam bsama sos tradisi..​​​​‎​​:D[н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅]:D[н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅]:D

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

#UstAzharIdrus

Soalan: Nk jadi menantu ustaz boleh? Jawapan: Anak aku kecil lg tapi kalau kamu ada adik sweet 17 aku nk jadi adik ipar kamu. #UstAzharIdrus

-Hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari kesalahan orang lain tetapi untuk perbetulkan diri sendiri. #UstAzharIdrus

-Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel tak apa, boleh tutup lampu.

-Bayangkan gambar kita yang tidak menutup aurat di internet, dosa 24 jam.

-Wanita yang melayani ramai lelaki tidakk sesuai dijadikan isteri.

-Jangan cakap besar nanti tuhan akan uji selalu.

-Memakai tudung dengan berfesyen adalah lebih baik daripada tidak bertudung langsung.

-Haram untuk jadikan wanita sebagai kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.

-Jangan memperlekehkan orang miskin kerana mungkin dia miskin di dunia tetapi kaya di akhirat.

-Kecantikkan tidak menjamin kebahagiaan, cuma sekadar sedap mata memandang sahaja.

-Hidup kalau tak boleh menyenangkan orang sila jangan menyusahkan orang.

-Orang kita lebih takutkan hantu daripada tuhan.

-Jangan pikat seseorang wanita jika anda tidak bersedia untuk menyintainya.

-Benda yang paling berat dalam dunia adalah memegang amanah.

-Berdebat dengan orang bodoh hanya akan membuatkan hati kita menjadi gelap.

-Mungkin hari ini tidak boleh mengubah apa yang berlaku kelmarin tetapi hari ini mungkin boleh mengubah apa yang berlaku esok.

-Panggilan tok bilal atau juruazan diabadikan sempena nama Bilal bin Rabah r.a.

-Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api.

-Indahnya wanita terletak pada akhlaknya. Bijaknya lelaki terletak pada akalnya.

-Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

-Tiada manusia pun yang jahat dalam dunia ini. Yang jahat boleh menjadi baik dan yang baik boleh menjadi jahat. Bertaubatlah!

-Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah. Perempuan solehah tidak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.

-Lelaki soleh boleh bimbing perempuan tak soleh. Perempuan solehah belum tentu boleh bimbing lelaki tak soleh.

-Lelaki adalah ketua dalam keluarga.

-Boleh makan masakan orang bukan islam tapi pastikan makanan itu halal dan masakan itu suci.

-Kita akan kalah bila berdebat dengan orang yang tidak berilmu kerana mereka tidak tahu landasan ilmu.

-Yang halal itu jelas halalnya. Yang haram itu jelas haramnya

-Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran. #UstAzharIdrus

-Hari jumaat disunatkan untuk potong kuku dan rambut jika panjang, cabut bulu ketiak, gunting misai dan cukur bulu ari-ari. #UstAzharIdrus

-Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk. #UstAzharIdrus

-Disunatkan untuk bersedekah pada hari jumaat. Sikit tak apa asalkan niat kena ikhlas. #UstAzharIdrus

-Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan. #UstAzharIdrus

-.Benda yang kita kena lupa adalah kebaikan diri sendiri dan keburukkan orang lain. #UstAzharIdrus

-Benda yang kita kena ingat adalah keburukkan diri sendiri dan kebaikan orang lain. #UstAzharIdrus

-Pintu syurga seluas 70 tahun perjalanan. #UstAzharIdrus

-Perempuan tak boleh tinggal berseorangan. Bila kecil dia dibawah jagaan ayahnya. Bila dewasa dia dibawah jagaan suaminya. #UstAzharIdrus

-Soalan: Macam mana kalau isteri tak dengar kata? Jawapan: Jangan kata isteri kamu, isteri aku pun begitu juga. #UstAzharIdrus

-Pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat memang wajib. #UstAzharIdrus

-Solat itu lebih baik daripada tidur. #UstAzharIdrus

-Memakai bulu mata palsu juga haram. #UstAzharIdrus

Jika isteri kamu dibaham buaya, sanggupkah kamu terjun berlawan dengan buaya tersebut untuk selamatkan nyawa isteri kamu? #UstAzharIdrus

-Boleh ajak awek pergi kuliah. Dengan syarat dia dengan kereta dia, kita dengan kereta kita. #UstAzharIdrus

-Aurat bagi perempuan adalah seluruh badan kecuali bahagian muka dan pergelangan tangan. #UstAzharIdrus

-Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha. #UstAzharIdrus

-Sesuatu yang belum halal disentuh dengan tangan, sentuhlah hatinya dengan doa. #UstAzharIdrus

-Agama buat kehidupan di akhirat. Harta buat kehidupan di dunia. #UstAzharIdrus

-Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. #UstAzharIdrus

-Cari kebaikan orang dulu sebelum melihat keburukannya. #UstAzharIdrus

-Seorang anak gadis yang sayangkan ayahnya pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam neraka. #UstAzharIdrus

-Agama bukan untuk kepentingan peribadi, ambil bila susah dan buang bila senang. #UstAzharIdrus

-Lelaki haram pakai suasa kerana suasa adalah campuran emas. #UstAzharIdrus

-Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi. Tidak akan untung orang yang bersifat hasad dengki. #UstAzharIdrus

-Orang yang makan atau minum tanpa mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim maka syaitan pun akan ikut makan bersamanya. #UstAzharIdrus

-Soalan: Kenapa isteri tidak boleh kahwin 4? Jawapan: Kalau isteri beranak nanti nak letak bin siapa? #UstAzharIdrus

-Elakkan diri dari berhutang kerana hutang itu menjadikan kita hina di siang hari dan gelisah di malam hari. #UstAzharIdrus

-Mengadu masalah dalam Twitter akan menjadi haram jika sekadar untuk mengaibkan diri sendiri dan orang lain. #UstAzharIdrus

-Mati syahid adalah pekara yang paling nikmat di dalam dunia ini. #UstAzharIdrus

-Anak perempuan kita adalah amanah bagi kita. Jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan lelaki yang tidak solat. #UstAzharIdrus

-Nasihat itu seperti ubat. Ramai yang mahu sembuh tapi tak suka makan ubat. #UstAzharIdrus

-Lebih baik bersedih keseorangan daripada bersedih kerana seseorang. #UstAzharIdrus

Hukum memberi salam adalah sunat tetapi menjawab salam yang diberi itu adalah wajib. #UstAzharIdrus

-Wanita kelemahannya pada aurat. Lelaki kelemahannya pada syahwat. #UstAzharIdrus

-Biarlah kita ditertawakan kerana bertanya daripada kita ditertawakan kerana kejahilan. #UstAzharIdrus

-Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan ketika dalam kandungan ibu. #UstAzharIdrus

-Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. #UstAzharIdrus

-Cara terbaik meluahkan perasaan kepada perempuan yang kita suka adalah dengan cara berjumpa mak ayah perempuan tersebut. #UstAzharIdrus

-Jangan kedekut untuk bersedekah kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki. #UstAzharIdrus

-Jangan lah kamu berkata-kata apabila khatib sedang di atas mimbar menyampaikan khutbah. Maka sia-sia lah pahala Jumaat kamu. #UstAzharIdrus

-Hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari kesalahan orang lain tetapi untuk perbetulkan diri sendiri. #UstAzharIdrus

-Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin. #UstAzharIdrus

-Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga. #UstAzharIdrus

-Manusia yang seharusnya paling kita rindui dalam dunia ini ialah Nabi Muhammad SAW. #UstAzharIdrus

-Bimbinglh isterimu dgn penuh kasih sayang, didiklh mereka mnjadi wanita solehah krn mereka bakal mnjadi kekasih syurgamu. #UstAzharIdrus

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda. 1/3 untuk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 lainnya untuk makanan. #UstAzharIdrus

-Suami wajib tanggung isteri dari A sampai Z. Fikir dulu sebelum jadi suami. #UstAzharIdrus

-Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur. #UstAzharIdrus

Soalan: Apakah hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin? Jawapan: Harus jika kedua-dua pengantin adalah ayam. #UstAzharIdrus

-Kera tak sembahyang. Kamu pun tak sembahyang. Jadi kamu sama saja macam kera. #UstAzharIdrus

-Soalan: Apa hukum tengok bola tak tutup aurat? Jawapan: Harus tengok bola dan haram tengok aurat. Pandai2lah. #UstAzharIdrus

-Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.

-Kata Imam Ghazali ada 4 jenis musuh yang menghalang manusia untuk terus kepada Allah iaitu dunia, manusia, syaitan dan nafsu. #UstAzharIdrus

-Perempuan disunatkan menanam tuala wanita selepas digunakan. Jangan campak melalui tingkap, takut nanti terkena kepala JKK. #UstAzharIdrus

-Zikir yang terbaik adalah Laa ilaaha illallah. Doa yang terbaik adalah Alhamdulillah. #UstAzharIdrus

-Siapa yang tak solat, tiada agama baginya. Kalau orang melayu yang tak solat, dia kekal melayu tetapi dia tidak islam. #UstAzharIdrus

-Soalan: Cicak boleh makan tak? Jawapan: Orang Amazon mana pulak ni? Cicak pun nak makan macam tak ada benda lain nak makan. #UstAzharIdrus

-Amal ibadah yang pertama sekali diperiksa di hari kiamat adalah solat. #UstAzharIdrus

-Haram jawab tak tutup aurat sbb tak sampai seru, sebab seruan dah ada dlm al-quran yg turun 1400 tahun dahulu. #UstAzharIdrus

-Orang yang bodoh ialah orang yang bercita-cita masuk Syurga akan tetapi tidak berusaha mendapatkannya. #UstAzharIdrus

-Hukum mesej dengan bukan mahram harus bila benda mustahak, makruh bila benda lagha, haram bila timbul nafsu syahwat. #UstAzharIdrus

-Aurat itu kemaluan. Org yang tak tutup aurat brmakna dia dah dedahkn kemaluannya. Jgn fikir kemaluan tu pundi kencing je. #UstAzharIdrus

-Soalan: Tengok ABPBH tak? Jawapan: Tak. Tengah tengok National Geography ni. Ikan paus sedang berlawan dengan kerengga. #UstAzharIdrus

-Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan. #UstAzharIdrus

-Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya. #UstAzharIdrus

-Soalan: Nk jadi menantu ustaz boleh? Jawapan: Anak aku kecil lg tapi kalau kamu ada adik sweet 17 aku nk jadi adik ipar kamu. #UstAzharIdrus

-Nabi tidur matanya pejam tapi hatinya tetap ingat pada Allah. #UstAzharIdrus

-Semua orang dapat nikmat Allah tapi tak semua orang dapat rahmat Allah. #UstAzharIdrus

-Makruh makan kat kedai kafir jika ada kedai islam yang berdekatan. #UstAzharIdrus

-Sejahat-jahat manusia adalah orang yang ingkar pada perintah Allah. #UstAzharIdrus

-Cemburu sebenarnya sifat bagi lelaki dan bukannya untuk perempuan. #UstAzharIdrus

-Kerana Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang. #UstAzharIdrus

-Doa ibu lebih mustajab berbanding doa ayah. #UstAzharIdrus

-Andaikan neraka jahannam terbuka sebesar lubang jarum nescaya panasnya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya. #UstAzharIdrus

-Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut. #UstAzharIdrus

Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. #UstAzharIdrus

-5 perkara yang kita kena jaga adalah agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. #UstAzharIdrus

-Isteri yang solehah kalau kita tengok muka dia pun sudah menggembirakan hati kita. #UstAzharIdrus

-Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka. #UstAzharIdrus

-Nak cari orang yang tak solat tak perlu cari jauh-jauh, cari dalam keluarga kita pun dah jumpa. #UstAzharIdrus

-Solat itu ibarat tiang agama. Jika kukuh tiang itu maka kukuhlah solatnya. #UstAzharIdrus

-Sehina-hina babi dia tak masuk neraka. Tapi orang yang tak solat confirm masuk neraka saqar. #UstAzharIdrus

-Bila kamu merasa seronok kerana berbuat dosa maka keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal. #UstAzharIdrus

-Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri. #UstAzharIdrus

-Di tepi air ada itik. Langit redup nampak bayang. Apa guna muka yang cantik. Kalau hidup tak sembahyang. #UstAzharIdrus
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kini dibuka

Mari2 mari,singgah cawangan E-BARANGAN,pembiayaan barangan secara kredit utk barang elektrik,dan byk lagi,0%down payment!!cawangan t'letak.
No 19 ground floor,jalan medan pusat 2D,pusat bandar baru bangi,seksyen 9,43650 bandar baru bangi selangor..

Mcm2 ada,iphone,ipad2,dan sebagainya...jom!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hasil pertama kali

Ni hasil pertama xandra belajar potong bawang!!!dia masak sardin(tolong kacau aje)hahaha,budak sekarang very d makci2